Monday, June 11, 2007

Pengenalan Mengenai Paypal

Paypal

Paypal adalah akaun maya yang digunakan untuk membuat pembayaran dan menerima pembayaran secara elektronik. Pembayaran ini adalah mudah kerana hanya memerlukan alamat email sebagai transaksi. Ia akan memerlukan kad kredit sebagai pengesahan. Jumlah pembayaran akan di tolak dari kad kredit yang hanya disahkan sekali iaitu semasa membuka akaun Paypal.

Paypal ini amat berguna kerana kita tidak perlu mempunyai Akaun Mekanisma (menerima pembayaran kad kredit). Akan tetapi untuk membuat pengeluaran agak sukar sedikit kerana kita memerlukan Akaun Bank US. Di blog ini saya akan terangkan bagaimana membuat akaun bank US dan cara pengeluaran.

Anda tidak perlu lagi risau kerana akaun Paypal sekarang ini boleh digunakan sepenuhnya di Malaysia. Paypal ini amat bagus dalam urusniaga bukan sahaja di Malaysia malah dunia. Anda boleh menjanakan pendapatan dari pengguna-penggunanya seluruh dunia.

Dengan menggunakan Paypal anda boleh menjual produk-produk anda keseluruh dunia.

Maklumat percuma di Taukeikedai.com
Untuk maklumat lanjut